KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA BHD

Selamat datang Ke Laman Web Koperasi Kolej Vokasional Pengkalan Chepa Bhd.

Selamat datang ke KoVocPC

"oNE FOR ALL, ALL FOR ONE"

KREATIVITI & INOVASI KAMI ADALAH UNTUK KEPUASAN ANDA

ADANYA KAMI KERANA ADANYA ANDA

Koperasi Kolej Vokasional Pengkalan Chepa Berhad dahulunya dikenali sebagai Koperasi Sekolah Menengah Vokasional Pengkalan Chepa Berhad yang didaftarkan pada 02.01.1973 dengan nombor daftar 4794. Kemudian pada 30.04.2009 nama koperasi telah ditukarkan kepada Koperasi Sekolah Menengah Teknik Kota Bharu Berhad. Pada 22.02.2019 sekali lagi nama koperasi ini dinamakan sebagai koperasi Kolej Vokasional Pengkalan Chepa Berhad seiringan dengan perubahan identiti daripada sekolah kepada kolej vokasional. Bilangan bertambah dari 234 orang pada tahun 1973 kepada 745 orang pelajar pada tahun ini. Aktiviti utama berkembang dari menjual alat tulis kepada pelbagai aktiviti seperti membekal peralatan bengkel,kertas A4, kertas warna, pelbagai jenis dakwat, uniform pelajar, kasut keselamatan, modul-modul pengajaran dan lain-lain.Perolehan koperasi juga semakin bertambah sepanjang tahun.